Previous Next

Kesinambungan MoU dimeterai oleh UMP bersama Istanbul Medipol University (IMU) dan Ankara Medipol University (AMU)

Kesinambungan MoU yang telah dimeterai oleh UMP bersama Istanbul Medipol University (IMU) dan Ankara Medipol University (AMU), Naib Canselor UMP, Prof Dato'Ts.Dr. Yuserrie bin Zainuddin telah dijemput ke AMU bagi sesi kunjungan hormat.

Ketibaan Naib Canselor telah disambut oleh Profesor Dr. Ali Gunes, Director Ankara Medipol University School of Foreign Languages.

Antara agenda yang dibincangkan adalah berkaitan program mobiliti berkredit dan tidak berkredit serta program penempatan staf (staff attachment) dalam aktiviti penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran.

Prof. Dr. Ali turut berkongsi mengenai pengurusan universiti yang mana IMU dan AMU ini adalah universiti wakaf sepenuhnya di Turkiye. UMP juga menawarkan untuk berkolaborasi dalam siri webinar program profesor jemputan dari IMU dan AMU bagi berkongsi berkaitan bidang ekonomi, wakaf dan teknologi kejuruteraan di Turkiye.

Naib Canselor UMP turut dibawa melawat di sekitar kampus dan bangunan kuliah di AMU. Turut terlibat sama adalah Penolong Naib Canselor Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin dan Timbalan Pengarah Ankara Medipol University School of Foreign Languages, Dr. Murad KAYA.

#duadekadUMP #TeknologiUntukMasyarakat

Kredit: Mohd. Ferdaus Musa


Print   Email