Majlis Menandatangani MoU Antara UMP Dan Rakan Industri Secara Dalam Talian

Majlis Menandatangani MoU Antara UMP Dan Rakan Industri Secara Dalam Talian

Pekan, 22 Februari 2021 - Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMP dengan tiga industri iaitu Roadcare Malaysia Sdn Bhd, Blockworq Sdn Bhd dan Edustats Solution bakal memanfaatkan hubungan dua hala universiti- industri terutamanya dalam ekosistem penyelidikan dan inovasi.

Selain memperkukuhkan hubungan baik dan jaringan industri yang seiring dengan kepesatan teknologi dalam Revolusi Perindustrian (IR 4.0) ia bakal menambah nilai, meningkatkan kecekapan, daya saing dan inovasi.

Hadir menandatangani mou secara dalam talian adalah Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan dan Inovasi), Prof Ts Dr Kamal Zuhairi Zamli dan Timbalan Pengarah Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat, PM Dr Saiful Anwar Che Ghani mewakili universiti.

Turut serta, Ketua Pegawai Eksekutif Roadcare ( M) Sdn Bhd, Dato Wan Imran Wan Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Blockworq Sdn Bhd, En. Effendy Zulkifly dan Pengurus Edustats Solution, En Ooi Hao Lee.

Hadir sama dalam majlis, Dekan Fakulti Pengurusan Industri (FIM), Dr Fazeeda Mohamad.


Print   Email