Previous Next

Majlis pertukaran perjanjian persefahaman (MoU) bersama rakan industri

Selangor, 26 Jun 2022 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah mengadakan majlis pertukaran perjanjian persefahaman (MoU) bersama rakan industri
bertempat di Hotel Royal Chulan Damansara Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sesi pertukaran perjanjian persefahaman tersebut yang diketuai oleh Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin, Naib Canselor UMP bersama tiga rakan industri iaitu Celcom Axivata Berhad yang diwakili oleh En Areehan Haji Abdullah, Ketua Tanggungjawab Korporat dan Perhubungan Kerajaan, En Nuryus Ezuwan Mokhtar, Pengarah Eksekutif Gebeng Gloves Industries Sdn. Bhd dan En Mohd Yuzairin Md Yunus, Pengarah Urusan Akar Indah Engineerring Sdn Bhd.
Kerjasama strategik UMP bersama rakan industri ini adalah merangkumi :
a) aktiviti dan program pembangunan modul, literasi digital dan program keusahawanan bersama Celcom Axiata Berhad,
b) aktiviti konsultansi, penyelidikan dan pembangunan berkaitan industri getah dan polimer bersama Gebeng Gloves Industries Sdn Bhd
c) aktiviti konsultansi, pembangunan modal insan, penyelidikan dan pembangunan berkaitan industri pembuatan bersama Akar Indah Engineering Sdn. Bhd.
Sesi pertukaran ini yang turut disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa, Prof. Ts. Dr. Mohd Rosli Hainin, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Profesor Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli , Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Prof Madya Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed, Penolong Naib Canselor Bahagian Kolaborasi Industri & Masyarakat, Prof. Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Nordin serta rakan-rakan industri lain adalah merupakan sinergi dan jalinan kerjasama akademia - industri yang saling melengkapi dalam mencapai agenda strategik masing-masing. Hubungan baik secara berterusan ini mampu mencapai lebih banyak peluang penerokaan dalam pelbagai bidang yang lebih berpotensi pada masa hadapan untuk manfaat semua.

Print   Email