Mesyuarat JK Pembangunan Pelajar, Alumni, Kolaborasi Industri & Masyarakat (JPPAKIM) Bil.1/2021

Mesyuarat JK Pembangunan Pelajar, Alumni, Kolaborasi Industri & Masyarakat (JPPAKIM) Bil.1/2021

Gambang, 24 Februari 2021 - Pihak Pusat Jaringan Industri & Masyarakat (ICoN) telah mengadakan satu mesyuarat JPPAKIM bagi membincangkan berkaitan Pembangunan Pelajar, Alumni, Kolaborasi Industri & Masyarakat di peringkat universiti.

Mesyuarat berlangsung secara serentak melalui kaedah bersemuka dan dalam talian telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Sharil Bin Abdullah, Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri & Masyarakat (BKIM), Kementerian Pengajian Tinggi. 

Senarai ahli JPPAKIM ini terdiri daripada pengurusan UMP, dekan-dekan kolej, wakil Majlis Perwakilan Pelajar dan pihak ICoN sebagai urusetia. Mesyuarat jawatankuasa ini akan dilaksanakan sebanyak 4 kali setahun tertakluk kepada arahan dari semasa ke semasa.


Print   Email