Previous Next

Sesi Taklimat dan Mini Paneran Public-Private Research Network ( PPRN) 2.0

UMP Gambang, 15 Jun 2022 - Platform PPRN menyediakan ruang kepada universiti awam untuk memainkan peranan yang lebih signifikan dalam konteks rangsangan ekonomi
melalui khidmat runding cara teknikal dengan mengambil kira faktor dasar semasa kerajaan dan produktiviti industri serta perniagaan.
KPT juga menekankan kewujudan ekosistem mesra pengetahuan (knowledge-friendly ecosystem) di mana pengetahuan dihasilkan oleh universiti dan institusi penyelidikan awam dapat disebarkan bagi manfaat industri dan perniagaan yang memerlukannya.
Berlangsung hari ini Sesi Taklimat dan Mini Paneran Public-Private Research Network ( PPRN) 2.0 yang dirasmikan Setiausaha Bahagian,Bahagian Operasi Strategik KPT, Dato Shaharuddin Abu Sohot.
Turut sama Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UMP, Profesor Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli dan Penolong Naib Canselor Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin.

Print   Email