Taklimat Garis Panduan PPRN 2.0 Dan Penyediaan ‘Zero Reject Proposal’ Zon Timur

Taklimat Garis Panduan PPRN 2.0 Dan Penyediaan ‘Zero Reject Proposal’ Zon Timur

Gambang, 18 Februari 2021 - Pihak ICoN telah mengadakan sesi taklimat Public-Private Research Network 2.0 (PPRN 2.0) secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet dan FB Live. Inisiatif PPRN yang telah dilancarkan pada tahun 2015 telah dijenamakan semula sebagai PPRN 2.0 dengan beberapa penambahbaikan kepada prosedur dan mekanisme pembiayaan projek.

Program taklimat PPRN 2.0 ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan mekanisma baharu iaitu PPRN 2.0 kepada penyelidik IPT/PRI dan syarikat; meningkatkan penyertaan IPT/PRI dan syarikat yang berkualiti dalam Inisiatif PPRN dan memberi panduan untuk menghasilkan ‘zero reject proposal'. 

Program yang berlangsung selama 2 jam dengan kerjasama oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah disampaikan oleh panel jemputan iaitu Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Universiti Sains Malaysia.


Print   Email