Previous Next

UMP meterai kerjasama dengan IMPACT MALAYSIA dalam program Inovasi belia dan komuniti

1 September 2022 | Impact Malaysia Kuala Lumpur
 
Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan IMPACT MALAYSIA meterai kerjasama Impak melalui teknologi, Impak melalui komuniti dan Impak melalui perniagaan yang membolehkan interaksi
kerjasama antara pelbagai pihak yang berkepentingan melalui semua program yang bakal dilaksanakan. Antara program yang dirangka ternasuklah jelajah IMPACT, celik politik, wira masyarakat dan reka bentuk pemikiran dan idea dalam komuniti. Majlis menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif, IMPACT MALAYSIA, Ahmed Faris bin Amir dan Naib Canselor UMP, Prof Dato Ts Dr Yuserrie Zainuddin menandatangani MoU. Turut sama Naib Presiden, Strategi dan Pembangunan, IMPACT MALAYSIA , Mastura binti Mohd Rashid , Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Rusllim bin Mohamed. Penolong Naib Presiden, Strategi dan Program , IMPACT MALAYSIA, Radin Muhamad Farhan Radin Abd. Razak dan Penolong Naib Canselor Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat UMP, Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina binti Noordin serta Pengarah Kanan Akademi ADAB UMP, Mejar Imaduddin bin Abidin.
 
Delegasi UMP juga berpeluang melawat fasiliti esports dan studio radio Rakita.fm yang dijenamakan semula daripada iM4U FM. Siaran ini boleh didengari di seluruh negara melalui online atau saluran 107.9 FM di Lembah Kelang atau Rakita.my serta boleh didengari di seluruh negara melalui online.
 
 

Print   Email