ICoN - Official Portal

INDUSTRY & COMMUNITY      NETWORK DEPARTMENT (ICON)

Program Susulan Nanum "Village A Community Sharing Programme"

1.0

Kuala Lipis, 20 April 2019: Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah dijemput bagi menyertai program sukarelawan di Kampung Ulu Tual, Kuala Lipis Pahang. Program ini asalnya merupakan kerjasama tiga (3) pihak iaitu Pusat Pembangunan Komuniti dan ICoE, Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTeM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd yang mana telah dilaksanakan selama 4 tahun berturut-turut bermula pada tahun 2015. Ia dikenali sebagai Nanum Village, A Community Sharing Programme

Program ini berperanan sebagai jambatan penghubung antara institusi pendidikan dan juga institusi masyarakat yang membawa mesej kepentingan terhadap kewujudan sesebuah institusi pendidikan dalam kalangan masyarakat. Program ini juga merupakan satu platform pembelajaran yang efektif bagi melahirkan mahasiswa cakna dalam pembangunan sosio-ekonomi masyarakat terutama masyarakat luar bandar. Ia juga bertujuan untuk berkongsi ilmu dan menyalurkan bantuan kepada masyarakat setempat disamping mewujudkan hubungan yang baik bersama masyarakat di Kg. Ulu Tual. Kuala Lipis

Menurut Tok Batin, Kampung Ulu Tual - En. Harun Siden Et Jantan “Program seperti ini perlu diadakan bagi membantu masyarakat luar bandar seperti kami. Lihatlah di dalam Malaysia sendiri banyak lagi penduduk luar bandar yang perlu dibantu dan bukan sahaja tertumpu pada negara luar.” Beliau juga melahirkan rasa syukur dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan dan keprihatinan yang diberikan.

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Mohamad Zoinol Abidin bin Abd Aziz- Pengarah, Pusat Pembangunan Komuniti dan I-CoE, UTeM merupakan pengarah program berkata “Program kemasyarakatan seumpama ini adalah antara usaha komprehensif pembangunan modal insan di dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi menerusi penguasaan ilmu, pemupukan masyarakat dan berada bersama masyarakat dan merasai pahit manis kehidupan yang mereka lalui. Kejayaan sesebuah institusi tidak lagi diukur semata-mata dengan dimensi ekonomi dan pembangunan fizikal, tetapi juga perlu diselarikan dengan pembangunan modal insan yang berkualiti”

Penyertaan UMP untuk program ini merupakan kali kedua dan telah telah disertai oleh 14 orang mahasiswa dari Kelab Penyayang bergabungan dengan sukarelawan daripada UTeM, UniMAP dan Universiti Islam Antarabangsa (IIUM). Lebih kurang 500 orang masyarakat asli setempat telah menyertai program pada kali ini.

Terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan iaitu pemeriksaan kesihatan dan penerangan serta memberi kesedaran kepada masyarakat kepentingan menjaga gigi serta pemakanan yang sihat daripada IIUM, pameran robot daripada pihak UTeM dan aktiviti sukaneka yang dikendalikan oleh pihak UMP dan UniMAP. Pihak UMP dan UniMAP juga berjaya mengumpul pakaian terpakai bagi tujuan untuk diagihkan kepada masyarakat Kampung Tual.

2.0 3.0 

4.0 10

Print Email