ICoN - Official Portal

INDUSTRY & COMMUNITY NETWORK CENTRE (ICON)

Bengkel Level Up @ Schools Pahang 2019

1 2

30 April 2019, satu bengkel LEVEL UP @ SCHOOLS PAHANG 2019 telah dijalankan di Makmal Signal Processing FKEE selama dua hari 29 & 30 April 2019. Program tajaan Forest Interactive ini telah dijalankan oleh Malaysia Digital Economy Corporation Sdn. Bhd (MDEC) sebagai koordinator program dan UMP rakan strategi akademik disertai oleh seramai 30 orang pelajar sekolah dan sepuluh orang guru dari sepuluh buah sekolah sekitar negeri Pahang. 

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan menanam minat terhadap peserta tentang kerjaya industri pembangunan permainan digital. Inisiatif ini juga adalah untuk menyokong perlaksanaan kokurikulum baharu Sekolah Menengah dan Kokurikulum Teknologi Maklumat yang telah bermula pada tahun 2017 yang menekankan proses pemikiran yang melibatkan pencarian formula pada permasalahan dan menyatakan penyelesaian seperti yang dilaksanakan oleh sebuah komputer.

Program ini bermula pada tahun 2016 dan sehingga akhir tahun 2018 sebanyak 27 buah lokasi telah dijalankan yang melibatkan 188 buah sekolah dan penyertaan seramai 777 orang pelajar sekolah menengah. Semua peserta yang terlibat dengan bengkel ini digalakkan untuk menyertai pertandingan LEVEL UP @ SCHOOL Game Awards yang akan dijalankan pada Julai & Ogos 2019. Sehingga kini sebanyak 190 permainan digital telah dibangunkan oleh pelajar yang telah menyertai pertandingan ini.

Print Email