ICoN - Official Portal

INDUSTRY & COMMUNITY NETWORK CENTRE (ICON)

Alumni Roadshow 2019 Zon Pantai Timur

0001

Kuala Terengganu, 3 Mei – Seramai 29 orang alumni Universiti Malaysia Pahang (UMP) hadir dalam Program Jelajah Alumni- Alumni Industry Networking Dinner bagi Zon Pantai Timur yang dianjurkan Unit Perhubungan Alumni, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) dengan kerjasama Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat (ICoN) di Hotel Duyong & Marina Resort, Kuala Terengganu.

Pada masa yang sama Pengerusi Majlis Tindakan INAP, Amir Ashraf Hamzah juga berkongsi maklumat tentang struktur jawatankuasa INAP serta perancangan kerjasama antara alumni dengan universiti yang memberi impak positif kepada kedua –dua pihak.Dalam pada itu, inisiatif Industry Network Alumni Platform (INAP) yang dirintis pihak ICoN juga dilihat sangat signifikan dalam memberi nilai tambah yang tidak sedikit terhadap usaha-usaha berkaitan yang sedang dirancang dan bakal dijalankan pihak universiti. 

Komitmen berterusan bersama ini dalam mengumpul dan membina hubungan yang baik bersama alumni UMP akan diteruskan ke Zon Selatan dan Borneo. Turut hadir memeriahkan Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat), Prof Dr. Jamil Ismail dan Pengarah Jaringan Industri & Masyarakat Prof. Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin.

Print Email