ICoN - Official Portal

INDUSTRY & COMMUNITY      NETWORK DEPARTMENT (ICON)

Sesi Libatsama Pengurusan UMP Bersama CEO@Faculty : DreamEdge

60798490 2327222274004955 2191690633981198336 n

17 Mei 2019 - Delegasi UMP berkunjung ke DreamEDGE Sdn. Bhd di Cyberjaya bagi meneroka kerjasama strategik dalam bidang Teknologi Digital Kejuruteraan. Beberapa program turut dibincang antaranya pembangunan “autonomous vehicle” melibatkan kerjasama dengan Pusat Kejuruteraan Automotif (AEC).

Turut sama dalam program Naib Canselor UMP, Prof . Dr. Wan Azhar Wan Yusoff disambut Ketua Pegawai Eksekutif DreamEDGE, Khairil Adri Adnan yang juga merupakan salah seorang CEO yang dilantik dalam Program AIxCHANGE : CEO@Faculty yang merupakan salah satu inisiatif di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hadir sama Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof Dr Jamil Ismail, Pengarah ICON, PM Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin dan Pengurus ICON , Mohd. Raizalhilmy Mohd Rais.

Tahniah! buat alumni UMP terutamanya dari FKMP yang telah bekerja di DreamEDGE.

Print Email