ICoN - Official Portal

INDUSTRY & COMMUNITY NETWORK CENTRE (ICON)

Karnival STEM Peringkat Negeri Pahang 2019

25 26

6 - 7 Ogos 2019 - Hampir 2000 pelajar dari sekolah rendah dan menengah sekitar negeri Pahang telah memeriahkan Karnival STEM & Teknologi Hijau Negeri Pahang yang berlangsung selama dua hari bertempat di Dewan Astaka UMP. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP, Prof. Dato Dr. Yuserrie Zainuddin. Hadir sama Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Pahang, Tuan Haji Abdul Rahim Muhammad Yunus dan Pengarah Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat UMP, Profesor Madya Ir Dr Hazlina Noordin. Terdapat 15 program yang dijalankan sepanjang karnival ini berlangsung antaranya Pertandingan Rekacipta & Inovasi STEM, Pertandingan Roket Air, Pertandingan Projek Video Digital STEM, Pertandingan Kapal Terbang Kawalan Jauh, Pertandingan Teknologi Biojisim, Pertandingan Rekabentuk Bandar Hijau dan lain-lain lagi.

Kredit: FB UMPMalaysia

Print Email