Previous Next

BENGKEL KHIDMAT KOMUNITI DAN MASYARAKAT ANJURAN BKIM DENGAN KERJASAMA IMPACT MALAYSIA

23 Disember 2022     |     UMP Paya Besar 

........................................................................................

Program yang disertai oleh 40 mahasiswa UMP dari pelbagai kelab dan persatuan ini bermula dengan sesi ice breaking dan disusuli dengan sesi Ketuk Ketuk UMP yang mana ia melatih peserta dalam melontar idea secara kreatif.


Pada sebelah petangnya, para peserta di dedahkan dengan cara menghasilkan program berdasar Business Model Kanvas (BMC) dan teknik Pitching. Para peserta ini dilatih oleh tenaga pakar berpengalaman IMPACT MALAYSIA iaitu En Radin Muhammad Farhan bin Radin Abdul Razak, Naib Presiden, Program dan Strategi bersama-sama dengan En Riskamustakim bin Marzuki, Pegawai Kanan Program dan Komunikasi serta Cik Aliah binti Jaafar, Pegawai Program & Komunikasi.

Program anjuran Bahagian Kolaborasi Industri & Masyarakat (BKIM) UMP dengan kerjasama IMPACT MALAYSIA yang merupakan rakan strategik UMP ini telah memeterai perjanjian persefahaman dalam kerjasama pembangunan inovasi belia dan komuniti.
Adalah diharapkan kerjasama ini akan berterusan dalam melatih dan membangunkan modal insan UMP supaya dapat memberikan manfaat yang terbaik dalam menganjurkan dan melaksanakan aktiviti dan program yang bukan sahaja berimpak malahan menyumbang kepada perkembangan dan perubahan yang lebih signifikan dalam komuniti dan masyarakat.


Print   Email