DreamEDGE tinjau peluang kerjasama dengan UMP

DreamEDGE tinjau peluang kerjasama dengan UMP

2 Disember 2019 - Lawatan deligasi DreamEDGE Sdn Bhd yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif DreamEDGE Sdn Bhd, Datuk Khairil Adri Adnan yang juga salah seorang CEO@Faculty UMP yang dilantik pihak KPM.

Kehadiran ke UMP Kampus Pekan ini memfokuskan perbincangan dan peluang kerjasama dalam bidang Teknologi Kejuruteraan. Hadir sama Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik, Profesor Madya Ir. Dr Faiz Bin Mohd Turan dan Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Profesor Madya Dr. Hamdan Bin Daniyal.

Deligasi berpeluang melawat kemudahan makmal Teaching Factory, Electrical & Electronic, Mechanical & Automotive dan Manufacturing & Mechatronic.


Print   Email