Previous Next

Kunjungan hormat UMP ke Pejabat Konsulat Malaysia di Jerman

Jerman, 6 Jun 2022 - Delegasi UMP yang diketuai Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dato' Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Konsulat Malaysia
di Jerman baru-baru ini.
Delegasi disambut oleh Jeneral Konsul, Encik Farzamie Sarkawi, Pengarah Tourism Malaysia, Encik Rosman Ahmad, Konsul Pendidikan MARA, Encik Fadzil Nor Samiran dan Konsul Latihan dan Pendidikan JPA, Encik Mohd Shazrol Mohd Shah serta Konsul Perdagangan MATRADE, Puan Zuhaila Sedek.
Antara agenda yang dibincangkan adalah potensi dari segi pengkomersialan, penyelidikan dan pembangunan produk.
Turut sama Penolong Naib Canselor, Bahagian Kolaborasi industri dan Masyarakat, Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Nordin, Pengarah Pusat Penempatan dan Pembangunan Kerjaya, Profesor Madya Saiful Anwar Che Ghani, Pengarah Pusat Usahasama Strategik Akademik, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Ruzaimi Mat Rejab dan Hardyana Mohd Saman.
Sumber: Jabatan Penyelidikan dan Inovasi

Print   Email