Previous Next

Lawatan kerja di Technische Hochshcule Ulm (TH Ulm) Jerman

Jerman, 30 Mei 2022 - UMP mengadakan satu sesi lawatan kerja dan penanda aras ke Technische Hochshcule Ulm (TH Ulm) Jerman bagi meninjau fasiliti dalam bidang pengurusan
dan kecekapan tenaga serta aplikasi kampus pintar.
Delegasi UMP yang hadir dalam sesi lawatan dan penandaarasan ini terdiri daripada Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dato Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, Penolong Naib Canselor Bahagian Kolaborasi industri dan Masyarakat, Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Nordin, Pengarah Pusat Penempatan dan Pembangunan Kerjaya, Profesor Madya Saiful Anwar Che Ghani, Pengarah Pusat Usahasama Strategik Akademik, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Ruzaimi Mat Rejab dan Hardyana Mohd Saman.
Manakala pihak TH Ulm diwakili oleh Profesor Dr. Marrianne von Schwerin yang merupakan Timbalan Presiden Penyelidikan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Profesor Dr. Marc-Oliver Otto, Dekan Fakulti Matematik, Sains Ekonomi dan Semulajadi, Profesor Dr. Georg Klesier, Dekan Institut Tenaga dan Teknologi Hadapan dan Profesor Dr. Walter Commerell dari Institut Tenaga dan Teknologi Hadapan.
UMP berhasrat untuk menjadi sebuah kampus pintar (Smart Campus) dan pelaksanaan inisiatif ini seiring dengan saranan kerajaan dalam memperkasakan agenda kerajaan digital di negara ini.

Print   Email