Previous Next

Lawatan kerja di Vacuumschmelze GmbH & Co KG (VAC), Hanau, Jerman

Jerman, 3 Jun 2022 - UMP mengadakan satu sesi lawatan kerja rasmi dan perbincangan bersama syarikat Vacuumschmelze GmbH & Co KG (VAC), Hanau, Jerman

bagi memperkukuhkan lagi kerjasama strategik universiti-industri selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara dua organisasi ini pada 8 November 2021 lalu.

Tujuan MoU tersebut bagi kerjasama industri, penyelidikan, pembangunan akademik dan pembangunan modal insan melalui penawaran pembiayaan biasiswa dan latihan industri kepada pelajar program dual ijazah di UMP.
Ia juga bakal membuka peluang kedua-dua pihak meneroka kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada hubungan dua hala universiti-industri terutamanya dalam menyediakan latihan dan perkongsian kepakaran dalam program kejuruteraan dan teknologi yang dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Selain itu, lawatan kerja ini bagi menandaaras teknologi terkini di Jerman, termasuk di dalam komitmen UMP bergerak kearah transformasi digital dan kampus pintar di dalam masa 5 tahun ini.
Delegasi UMP yang hadir dalam sesi lawatan ini terdiri daripada Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dato’ Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, Penolong Naib Canselor Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Nordin.
Turut sama Pengarah Pusat Usahasama Strategik Akademik, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Ruzaimi Mat Rejab, Pengarah Pusat Penempatan dan Pembangunan Kerjaya, Profesor Madya Saiful Anwar Che Ghani dan Hardyana Mohd Saman.
Manakala pihak VAC diwakili oleh Dr. Ralf Koch yang merupakan Naib Presiden Penyelidikan dan Pembangunan, Patrik Trost sebagai Naib Presiden Bisnes Unit Bahan dan Komponen, Phillip Strodt, Pengurus (Pengurusan Bahan & Proses Data) dan turut sama Michael Engelstädter, Pengurus (Proses dan Teknologi Automasi)
Delegasi ini turut berpeluang menyantuni alumni program dual ijazah Mekatronik UMP, Nur Khairiyah Hibatullah Binti Md Rosley yang telah berkerja sebagai Jurutera (Reka bentuk Produk) di syarikat VAC di Jerman ini.

Print   Email