Previous Next

Lawatan kerja Nextgreen Pulp & Paper Sdn. Bhd. ke UMP

8 April 2021, UMP kampus Gambang - Pihak Nextgreen Pulp & Paper Sdn. Bhd. telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Malaysia Pahang Kampus Gambang bagi meneroka dan membincangkan peluang mengadakan kerjasama yang lebih erat dengan pihak UMP.

Nextgreen yang beroperasi di Pekan Pahang merupakan syarikat berasaskan pemegang pelaburan Malaysia. Nextgreen dedikasi untuk menciptakan ekonomi hijau yang berkesan, mengikut pengeluaran tanaman dan kertas hijau bukan kayu dengan menggunakan teknologi sifar sisa dan tenaga yang diperbarui.

Delegasi Nextgreen yang diketuai oleh Ahli Lembaga Pengarahnya Dato’ Haji Mohd Yusof bin Din, Pengarah Eksekutif Cik Kelly Lim Kah Yen dan Tuan Haji Mohd Rafi VPP Abdullah, Pengarah Angkasa NGGB manakala pihak UMP diwakilli Penolong Naib Canselor Jabatan Pembangunan Graduan, PM Ir Dr Nurul Hazlina binti Noordin, PM Dr Irene Ting Wei Kiong, Pengarah Pusat Penempatan dan Pembangunan Kerjaya, PM Dr Gaanty Pragas, Pengarah Pusat Biotropik dan PM Dr Saiful Anwar Che Ghani, Timbalan Pengarah Pusat Jaringan Industri & Masyarakat.

Antara bidang kolaborasi yang dibincangkan adalah berkaitan peluang latihan industri kepada pelajar UMP, geran padanan, program penanaman semula pokok dan program bicara industri . Pihak Nextgreen juga mengadakan lawatan ke Makmal Berpusat UMP bagi meninjau kemudahan yang ditawarkan oleh pihak berkenaan kepada industri.


Print   Email