Lawatan & Perbincangan kerjasama bersama Ain Medicare Sdn Bhd

1 Nov 2018 (Kota Bharu) - Satu lawatan dan perbincangan kerjasama telah dijalankan bersama pihak Ain Medicare Sdn Bhd yang berpangkalan di Kota Bharu, Kelantan.

Tujuan perbincangan ini diadakan adalah untuk meneroka peluang kerjasama dalam bidang akademik, penyelidikan & pembangunan serta perkhidmatan khususnya dalam bidang pembuatan produk-produk farmaseutikal. Ain Medicare Sdn Bhd merupakan pengilang utama produk farmaseutikal di Malaysia yang dipercayai dan telah ditubuhkan pada tahun 1993 yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Delegasi daripada UMP yang hadir diketuai oleh Prof. Dr. Jamil Bin Ismail (Penolong Naib Canselor, Jaringan Industri & Masyarakat), Prof. Madya Dr. Chong Kwok Feng (Timbalan Dekan Penyelidikan, FSTI), Prof. Madya Dr. Fatmawati Adam (Pensyarah Kanan, FKKSA), Dr. Raihana Zahirah binti Edros (Ketua Program, FTeK), Dr. Noraziah binti Abu Yazid (Pensyarah Kanan, FKKSA), En. Mohd. Rafie Rosly (Pegawai Sains, Makmal Berpusat) & En. Mohd Raizalhilmy Bin Mohd Rais (Pengurus, JJIM). Manakala di pihak Ain Medicare diketuai oleh En. Redziwan Saari (Pengurus Besar), En. Mohd Yusof Abdul Rahman (Pengurus Kanan merangkap Ketua Bahagian Pengurusan Kesihatan), En. Mohd Bakri Kasim (Pengurus Kanan, Bahagian Pembuatan), En. Muhammad Izani Yaacob (Pengurus, Pentadbiran & Perolehan), En. Azman Hasbullah (Pengurus, Pentadbiran & Sumber Manusia), En. Wan Azrol FAizal Wan Abdullah (Pengurus, Kewangan & Hal Ehwal Korporat).


Print   Email