Menteri Pendidikan Merasmi Kolokium Pendidikan STEM Peringkat Kebangsaan 2019

25 Jun 2019 - Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Dr. Maszlee Malik telah merasmikan Majlis Perasmian Kolokium STEM Peringkat Kebangsaan 2019 bertempat di Kompleks Sukan UMP Gambang.

Persidangan anjuran UMP dengan kerjasama Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM ini bertujuan untuk meningkatkan kompetensi, pengetahuan dan kemahiran guru bagi memantapkan PdP berkaitan mata pelajaran STEM.

Hadir sama Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Yang Berbahagia Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Yang Berusaha Dr Habibah binti Abdul Rahim, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang, Yang Berbahagia Profesor Ir. Dr. Wan Azhar bin Wan Yusoff dan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Dr. Haji Ahmad Rafee bin Che Kassim.

Kredit: UMPMalaysia


Print   Email