Pertandingan UNIMAKER 2019

Pertandingan UNIMAKER 2019

5 November 2019 (Putrajaya) - Telah berlangsung Pertandingan UNIMAKER 2019 bermula pada 3 November 2019 sehingga 5 November 2019 di FUTURISE Cyberjaya dan Putrajaya International Convention Centre. UMP telah diwakili oleh dua (2) Kumpulan pelajar dan berjaya ke peringkat akhir UNIMAKER 2019.

Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan projek inovasi baharu dan membangunkan penyelesaian inovatif bagi berhadapan dengan cabaran Revolusi Industri 4.0. Tema pertandingan pada tahun ini adalah “Sustainable Development Goals” (SDG) dalam era IR 4.0.

Kumpulan pertama UMP mempertandingkan projek bertajuk “Development of Public Transportation Mobile Assistance For People With Visual Disability” telah dianggotai oleh Lee Hui Ying dan Yong Huey Sy dengan bimbingan oleh En. Ikhwan Hafiz bin Muhamad (FTKEE). Kumpulan kedua UMP pula mempertaruhkan projek bertajuk “Cloud based Bus tracking App” dan dianggotai oleh Low Chai Wei dan Tee Ai Ai yang dibimbing oleh Dr. Abdulrahman Ahmed Mohammed Al-Sewari (FKOM).

Pada penganjuran UNIMAKER 2019 kali ini, UMP juga telah dijemput untuk ke Sesi Perkongsian “Malaysia Makerspace Best Practices” dan berkongsi pendapat berkenaan Rekabinasi@MakerhubUMP. Projek ini telah diketuai oleh Dr. Ismayuzri bin Ishak (FTKPM) dan telah diwakili oleh Dr. Fadhlur Rahman Bin Mohd Romlay (FTKMA) serta IR. Dr. Akhtar Razul Bin Razali (FTKMA).

Pusat Jaringan Industri & Masyarakat selaku penyelaras bagi Pertandingan UNIMAKER 2019 ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada para peserta kerana berjaya ke peringkat akhir UNIMAKER 2019. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak atas sumbangan dan komitmen untuk UNIMAKER 2019.


Print   Email