Previous Next

Program Outreach TVET Orang Asli @ Lipis

Kuala Lipis, 31 Mac 2022 - Hampir 300 masyarakat orang asli yang meriahkan Program Outreach TVET Orang Asli @ Lipis bertempat di Dewan Orang Ramai Pos Betau.

Program ini merupakan anjuran kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Program sehari ini bertujuan bagi membantu masyarakat orang asli di Lipis,Pahang untuk mendapatkan infomasi terkini mengenai peluang melanjutkan pengajian.
Selain itu juga dalam program ini turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik seperti Pameran Pendidikan Tinggi, Forum Pendidikan dan Laluan Kerjaya selepas SPM, Kursus membuat donut dan Servis Motosikal Percuma dan cabutan bertuah.

Print   Email