Program QGen 2019

Program QGen 2019

Program QGen 2019 anjuran Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) dan Chemical Engineering Student’s Society (CHEST) bertempat di Dewan Astaka, UMP Kampus Gambang.

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan bimbingan kepada para pelajar dalam menjalani kehidupan seharian mereka berteraskan nilai murni serta penglibatan dalam STEM melalui aktiviti dan bimbingan praktikal.

Seramai 80 orang pelajar tingkatan satu dari 4 buah sekolah iaitu SMK Seri Mahkota, SMK Seri Panching, SMK Lepar Hilir dan SMK Gambang telah terlibat dalam program ini serta turut dibantu oleh 22 orang fasilitator pelajar UMP.

Majlis Penutup telah dilakukan oleh En Mohd Raizalhilmy Mohd Rais, Pengurus, Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat, UMP. Turut hadir ialah Ts. Dr. Mior Ahmad Khushairi Bin Mohd Zahari, Ketua Program ( Kejuruteraan Kimia), FTKKP dan Dr. Rozaimi Bin Abu Samah, Pengarah QGen 2019.

Kredit : Junaidi Zakaria, FTKKP


Print   Email