Previous Next

Program sumbangan mangsa banjir ICoN

Kuantan, 7 Februari 2022 - Pihak Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM), Jabatan Pembangunan Graduan telah berjaya menyampaikan sedikit sumbangan kepada staf UMP yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Sumbangan adalah berbentuk kelengkapan peralatan persekolahan khusus kepada staf daripada kumpulan sokongan dan pelaksana yang mempunyai anak yang masih bersekolah bagi mengharungi fasa persekolahan.

Sumbangan yang ditaja oleh Yayasan MyPrihatin ini telah disampaikan oleh Penolong Naib Canselor Pembangunan Graduan, Prof. Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin diiringi Pengarah PJIM, Prof. Madya Dr. Saiful Anwar Che Ghani dan Pengurus Kanan, Encik Abdul Shukur Ishak.

Print   Email