PTS (No.5/2019) - Dr. Abdul Manaf Mohamad Radzi

PTS (No.5/2019) - Dr. Abdul Manaf Mohamad Radzi

22 Oktober 2019 - Berlangsung program Siri Bicara Profesional kali ke 5 bersama Dr. Abdul Manaf Mohamad Radzi, Pengerusi Nova Wellness Group Berhad, dengan tajuk perkongsian "Masa Depan Graduan Sains Gunaan" bertempat di Bilik Seminar ICoN, UMP Kampus Gambang.
 
Program kali ini merupakan kerjasama Pusat Jaringan Industri & Masyarakat (ICoN) dengan Fakulti Sains & Teknologi Industri (FIST) yang bertujuan untuk meningkatkan penyertaan sektor industri dan awam dalam sistem pendidikan tinggi negara melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran.
 
Turut hadir, Dr. Saifful Kamaluddin Muzakir @ Lokman, Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), FIST dan beberapa orang pensyarah fakulti.

Print   Email