Previous Next

Sesi Libat Sama UMP Bersama Komuniti Dalam Daerah Negeri Pahang 2020/2021

24 November 2020 - Seramai hampir 70 org peserta hadir daripada wakil pelbagai agensi di daerah Bera terlibat dalam sesi libat sama UMP Bersama Komuniti Dalam Negeri Pahang.

Pertemuan ini merupakan sebahagian daripada usaha UMP dalam membentuk kerjasama strategik yang mampu memberikan kelangsungan manfaat kepada penduduk di Negeri Pahang merangkumi bidang pendidikan, inovasi dan teknologi, kebajikan masyarakat, pelancongan serta pembangunan keusahawanan.

Susulan pertemuan ini satu jawatankuasa pemandu kolaborasi strategik UMP-Kerajaan Negeri Pahang akan ditubuhkan pada awal tahun 2021. Program akan diperluas ke daerah lain termasuklah Cameron Highlands, Lipis, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan.

Hadir merasmikan program YB Dato Sri Norol Azali bin Sulaiman ADUN Kawasan Guai. Turut hadir adalah Pegawai Daerah Bera Tn Mohd Khuzaidi bin Haron dan Tuan Nik Mohmad Azrol bin Abdul Ghafar Ketua Penolong Pegawai Daerah Bera.

Turut sama wakil agensi daripada Pejabat Daerah & Tanah Bera, Jabatan Perhutanan, Pejabat Majlis Agama Islam Bera, Jabatan Bomba, Usahawan dan Persatuan Belia.


Print   Email