Previous Next

UMP meraikan hubungan dengan rakan strategik baharu

28 Ogos 2020 - Sebagai meraikan hubungan dengan rakan strategik baharu, pada kali ini UMP turut memetrai memorandum persefahaman (MoU) dengan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang bakal memanfaatkan pelajar dan staf universiti ini melalui penyediaan latihan, tempat latihan industri dan penggunaan fasiliti bagi tujuan pembelajaran dan penyelidikan termasuk kajian dalam bidang pengangkutan awam.

Satu lagi kerjasama terjalin antara UMP dan Pertubuhan Pengusaha Agro Malaysia (PPAM) dalam pembangunan projek fertagasi IoT Based Smart Farming System bagi pelaksanaan latihan teknikal penanaman, bimbingan dan pemantauan terhadap peserta yang dikenalpasti daripada golongan (B40) menerusi Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) 2020 dari Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) manakala PPAM akan membantu dalam mengenalpasti lokasi projek dan pemasaran hasil produk.

Majlis menyaksikan Naib Canselor UMP, Profesor Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff bertukar dokumen dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Muhammad Nizam Alias. Hadir mewakili PPAM adalah Pengerusinya, Haji Abdul Hamid Hussin.

Turut berlangsung serahan replika cek berjumlah RM 77,600 yang disampaikan Pemangku Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Mohd Fauzi Md Fadzil bagi pelaksanaan Projek Penyelidikan Kajian Impak Terhadap Program-Program Pendidikan Yayasan Bank Rakyat (YBR). Penyelidikan ini akan diketuai oleh Dr. Mohd Hanafiah Ahmad bersama pensyarah Fakulti Pengurusan Industri (FIM) dan Pusat Sains Matematik untuk tempoh setahun.

Hari Kualiti dan Inovasi menyaksikan Anugerah Rakan Industri Terbaik tempat pertama adalah BASF Petronas Chemicals Sdn. Bhd dan tempat kedua oleh Volkswagen Group Malaysia.

 

Kredit: Bahagian Komunikasi Korporat, Pejabat Naib Canselor


Print   Email