Previous Next

Lawatan kerja Seibu Shoko Co. Ltd. dan Akar Indah Engineering Sdn. Bhd. ke ICoN UMP

UMP Gambang, 12 Mei 2022 - Satu lawatan kerja ringkas daripada delegasi Seibu Shoko Co. Ltd. dan Akar Indah Engineering ke UMP bagi membincangkan kerjasama dalam pembangunan Society 5.0.di Nara, Jepun.

Kunjungan disambut mesra oleh Penolong Naib Canselor Bahagian Kolaborasi Industri & Masyarakat (BKIM) Prof. Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin dan Dr. Munira Abdul Razak (Pengarah Unit Perkhidmatan Orang Kurang Upaya UMP) manakala Seibu Shiko dihadiri oleh Presiden syarikat berkenan iaitu Mr. Nobi Fujita, En. Mohd Yuzairi Md Yunus (Pengarah Urusan Akar Indah Engineering) dan wakil-wakil lain daripada delegasi berkenaan.
Society 5.0 adalah masyarakat berpusatkan manusia yang mengimbangi kemajuan ekonomi dengan penyelesaian masalah sosial oleh sistem yang mengintegrasikan ruang siber dan ruang fizikal. Dengan kepelbagaian inovasi dan teknologi yang ada di institusi pengajian tinggi Malaysia, terutamanya di UMP adalah di harapkan dapat membantu kepada pembangunan Society 5.0 di Nara Jepun, selain kerjasama dalam bidang sedia ada seperti sangkutan staf dan latihan industri pelajar.
Inisiatif ini adalah dibawah Unit Perkhidmatan OKU UMP dengan kerjasama BKIM. Adalah diharapkan kerjasama ini dapat direalisasikan secara lebih strategik dan berstruktur supaya perkara yang dihajati oleh kedua - dua pihak tercapai.

Print   Email