Previous Next

Teknologi dron dalam meningkatkan produktiviti sektor pertanian

Pekan, 20 Mei 2022 - Sekumpulan penyelidik UMP dari Pusat Reka Bentuk & Inovasi Teknologi (PRInT) telah menghasilkan dron multifungsi bagi memperluaskan inovasi
dan penggunaan teknologi baharu dalam meningkatkan produktiviti sektor pertanian.

Hari ini berlangsung sesi ujilari yang diadakan di kawasan sawah padi sekitar Kampung Serandu bagi melihat sendiri teknologi dron multifungsi ini berfungsi bagi penyemburan baja dan racun khusus untuk kerja-kerja pertanian.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang, Tan Sri Dato' Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Penyelidikan, Prof. ChM. Dr. Mohd Hasbi Ab Rahim, Ketua Penyelidik yang merupakan Pensyarah Kolej Kejuruteraan, Ir. Dr. Noor Zaihah Jamal dengan dibantu pengamal dron, Zek Aman Abd. Ghani serta penyelidik lain.
Turut serta Ketua Kampung Serandu, Mohd Khairuddin Zakaria.

Print   Email