Previous Next

Naib Canselor UMP bertemu dengan Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul

Naib Canselor UMP, Prof Dato Ts Dr Yuserrie Zainuddin bertemu dengan Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, YM Tengku Mohd Dzaraif Raja Kadir di Sultanahmet, Istanbul.

Dalam sesi tersebut, Naib Canselor turut mengadakan perbincangan dengan YM Tengku Mohd Dzaraif mengenai peluang kolobarasi pendidikan dalam bidang teknologi kejuruteraan.

Selain itu juga peluang penempatan staf dan pelajar (Latihan Industri) juga turut dibincangkan khususnya di Istanbul.

Konsul Jeneral turut menggalakkan penglibatan lebih banyak Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia dalam program mobiliti terutama dlm bidang teknikal susulan pengiktirafan MQA baru-baru ini.

Kredit: Mohd.Ferdaus Musa

Print   Email