Persidangan Meja Bulat Pembangunan Wilayah Pantai Timur

Persidangan Meja Bulat Pembangunan Wilayah Pantai Timur

23 Julai 2020 - UMP telah menganjurkan satu persidangan meja bulat pembangunan negeri Pahang atau Dialog Pahang melalui kerjasama dengan Kerajaan Negeri Pahang. Program dirasmikan oleh YB Dato' Sri Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan dengan tema Pembangunan ECRL : Impak Sosio Ekonomi Terhadap Rakyat Pahang ini berlangsung di Dewan Astaka UMP Gambang.

Seramai lebih 70 orang hadir ke program ini melibatkan agensi kerajaan negeri, pihak industri dan masyarakat serta pengurusan dan akademia UMP.

Program melibatkan pembentangan oleh 8 orang panel terdiri daripada kluster profesional, kluster akademia dan kluster NGO / Masyarakat. Sesi meja bulat ini dipengerusikan oleh YH Dato Sri Ibrahim Ahmad, Pengerusi UMP. Hadir sama adalah Naib Canselor UMP Profesor Ir. Dr Wan Azhar Wan Yusof, TNCAA Prof Ts. Dr Rosli Hainin, TNCPI Prof Ts Dr Kamal Zuhairi Zamli, Datuk Khairil Adri CEO DreamEDGE (CEO Faculty UMP) dan Prof Madya Ir Dr Nurul Hazlina Noordin, Pengarah Pusat Jaringan Industri & Masyarakat (ICoN).

Sesungguhnya program ini adalah manifestasi kepada libatsama berkonsepkan quadruple helix yang akan memanfaatkan kepada semua pihak. ICoN UMP telah diberi kepercayaan mengurusetia program pada hari ini.


Print   Email