CFP 1.0: Datuk Khairil Adri Adnan (DreamEDGE) - 24 Julai 2020

CFP 1.0: Datuk Khairil Adri Adnan (DreamEDGE) - 24 Julai 2020

24 Julai 2020 - Program CEO@Fakulti diteruskan kembali di UMP dengan kali ini dijalankan bersama Ketua Pegawai Eksekutif DreamEDGE Sdn. Bhd., Datuk Khairil Adri Adnan. Program dijalankan secara dalam talian yang berlangsung selama 2 jam dengan tajuk "Graduate Employability In Post - Covid-19 Job Market Talk yang dihadiri oleh peserta dalam kalangan pelajar UMP.

Datuk Khairil Adri banyak berkongsi pengalaman serta pendapat beliau sepanjang berada dalam dunia industri dan tenang menjawab setiap persoalan yang diajukan oleh moderator program iaitu Nik Nurin Qistina, salah seorang pelajar bagi program dwi-ijazah di FTKPM. Program CEO@Fakulti ini dianjurkan oleh pihak FTKPM dengan kerjasama pihak ICoN.

 

Print   Email