CFP 1.0: Puan Rohaida Ali Badaruddin (Scomi Transit Projects) - 22 Julai 2020

CFP 1.0: Puan Rohaida Ali Badaruddin (Scomi Transit Projects) - 22 Julai 2020

22 Julai 2020 - Program CEO@Fakulti diteruskan kembali di UMP dengan kali ini dijalankan bersama Pengarah Scomi Transit Projects Sdn. Bhd., Puan Rohaida Ali Badaruddin. Program dijalankan secara dalam talian yang berlangsung selama 2 jam dengan tajuk "Breaking through the 'Glass Ceiling': Thriving as a Successful Woman CEO  yang dihadiri oleh peserta dalam kalangan staf dan pelajar UMP.

Puan Rohaida banyak berkongsi pengalaman serta pendapat beliau sepanjang berada dalam dunia industri dan tenang menjawab setiap persoalan yang diajukan oleh moderator program iaitu Dr Norhaida Ab Razak, salah seorang pensyarah kanan di FTKMA. Program CEO@Fakulti ini dianjurkan oleh pihak FTKMA dengan kerjasama pihak ICoN.


Print   Email