Previous Next

Sesi Libatsama BKIM Bersama SME Corporation Malaysia (Pahang)

29 Julai 2022 | Satu sesi libatsama di antara Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat (BKIM) bersama - sama dengan SME Corporation Malaysia (Pahang) telah diadakan baru-baru ini bertempat di Bilik Mesyuarat ICoN UMP Gambang.

Libatsama ini membincangkan dan mengenalpasti peluang kerjasama strategik yang boleh disepakati bersama seperti geran padanan, PPRN, Work Based Learning, status kemajuan TUBE@IPT dan juga cadangan penganjuran UMP SME Day.

Sesi yang diketua oleh Prof. Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Binti Noordin, (Penolong Naib Canselor BKIM) ini turut dihadiri oleh Dr. Mohd Nizar bin Mhd Razali (Pengarah Pusat Pembangunan Usahawan Kreatif), Ts. Dr. Raja Mohd Taufika bin Raja Ismail (Ketua Program Teknologi FTKEE), Pn. Laili binti Zulkepli (Eksekutif Kanan Jabatan Penyelidikan & Inovasi) manakala dari SME Corporation Malaysia (Pahang) dihadiri oleh Pn Nadia Yusof, Pengarah SME Corporation Malaysia (Pahang).

Adalah diharapkan dengan kerjasama ini akan mewujudkan lebih banyak peluang penerokaan dalam pelbagai rangkaian kerjasama strategik untuk manfaat kedua dua pihak.


Print   Email