Previous Next

Taklimat Program ‘University for Society@ Keluarga Malaysia (UNiTY)

UMP Gambang, 27 Mei 2022 - Program ‘University for Society@ Keluarga Malaysia atau UNiTY adalah yang memberi fokus kepada bidang kepakaran atau tujahan IPT untuk dimanfaatkan
oleh masyarakat setempat berdasarkan kepada pendekatan inovasi sosial. Melalui program UNiTY ini, setiap IPT boleh memilih komuniti angkat di lokaliti tertentu dan membangunkan mereka mengikut bidang kepakaran masing-masing.
Taklimat 75 minit ini disampaikan ini oleh Ybhg Dato Mohd Sharil bin Abdullah, Pengarah, Bahagian Kolaborasi Industri & Masyarakat (BKIM), KPT yang turut dijalankan secara mod hybrid turut dihadiri wakil-wakil dari UA Pantai Timur di Pahang
Skop pelaksanaan program UNiTY adalah seperti berikut:
a) Membangunkan komuniti melalui Program komuniti angkat di lokaliti tertentu sekitar IPT menggunakan konsep pemindahan ilmu yang bercirikan inovasi sosial mengikut bidang kepakaran atau tujahan university masing-masing
b) Memberikan khidmat saringan Kesihatan dan Promosi Kesihatan melalui Perkhidmatan Klinik Bergerak Hospital Pengajar Universiti (HPU);
c) Memberikan bantuan kepada pelajar B40 berkeperluan melalui bantuan peranti dan agihan sumbangan zakat; dan
d) Membantu komuniti menerusi perkongsian kepakaran teknikal kejuruteraan dan khidmat penyelidikan

Print   Email