Previous Next

Kursus IoT Based Smart Farming System Siri 1/2022

UMP Pekan, 21 Mei 2022 - Kursus IoT Based Smart Farming System siri pertama pada tahun ini dianjurkan oleh Bahagian Kolaborasi Industri & Masyarakat (BKIM) di Dewan Kuliah Pusat Bahasa Moden, UMP Kampus Pekan.

 Kursus Asas Fertigasi selama 2 hari bermula 21 sehingga 22 Mei 2022 ini melibatkan kesemua 45 orang peserta serta rakan kerja bagi setiap peserta. Kursus ini telah dikendalikan oeh oleh Ketua Unit Fertigasi, Dr Nor Hanuni Bt Ramli @ Said, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses UMP. Selain itu, sesi penyampaian surat lantikan rasmi peserta juga diadakan dan disampaikan oleh Ketua Projek, Profesor Madya Ir. Dr Nurul Hazlina Binti Noordin, Penolong Naib Canselor Bahagian Kolaborasi Industri & Masyarakat (BKIM), Jabatan Canseleri Universiti Malaysia Pahang .

Hadir bersama-sama juga adalah wakil daripada TERAJU, Encik Mohd Khairul Fikri Bin Che Mat, Pengurus, Penciptaan Kekayaan (Aset Kewangan), Bahagian Penyampaian Strategik, TERAJU dan staf-staf BKIM yang lain.
Kursus yang bermula pada 8.00 pagi dan selesai pada 5.00 petang ini adalah bertujuan untuk memberikan peserta pendedahan serta pengenalan kepada pertanian secara fertigasi. Antara pengisian kursus adalah seperti pengenalan kepada fertigasi, asas pemasangan sistem fertigasi, asas semaian dan penjagaan pokok, asas campuran dan bancuhan baja AB, serta kawalan serangga perosak

Print   Email