Previous Next

UMP menerima kunjungan kumpulan penyelidik robotik dari Cardiff Metropolitan University CMU), UM dan UITM

Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menerima kunjungan kumpulan penyelidik robotik dari Cardiff Metropolitan University CMU), UM dan UITM.

Antara yang dibincangkan adalah berkaitan pendidikan dan penyelidikan robotik serta kerjasama dalam program STEM.

Hadir menerima kunjungan Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Ekektrik dan Elektronik, Prof. Madya Dr Hamdan Daniyal, Dr Anwar Zawawi, Dr Anwar P.P. Abdul Majeed, Dr Mohd Azraai Mohd Razman dan Dr. Muhammad Aizzat Zakaria.

Hadir sama Penolong Naib Canselor Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, UMP, Prof. Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin. Turut serta dalam sesi perbincangan ini adalah Dr. Sia Chow Sling (CMU), Dr Barry Bently (CMU), Assoc. Prof Rozita Jailani (UITM), Dr. Zati Hakim Azizl Hassan (UM).

Dalam program ini, Dr Barry Bently daripada CMU turut berkongsi mengenai “Research Talk of AI & Robotics”.

Sesi perbincangan ini diadakan di Bilik Mesyuarat Ibnu Sina FTKEE UMP Pekan.


Print   Email