Previous Next

Kunjungan Hormat Naib Canselor UMP Ke Pejabat CEO Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd.

Kuala Lumpur , 4 Julai 2022 – Naib Canselor UMP YH Professor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd, iaitu En Michael Yuan di Bangunan Intermark, Kuala Lumpur baru baru ini.

Kunjungan ini merupakan pertemuan pertama bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. berkenaan setelah beliau dilantik sebagai CEO@Faculty Programme 1.0 Learn From The Pros mulai 1 Februari 2022 lalu.
Dalam sesi kunjungan ini, kedua-dua pihak membincangkan berkenaan perancangan aktiviti dan program kerjasama UMP bersama Huawei Malaysia merangkumi aspek pembelajaran sepanjang hayat, penambahbaikan program akademik dari perspektif industri, pembangunan penyelidikan serta program sangkutan staf.
Turut hadir sama dalam sesi kunjungan ini ialah Dekan Fakulti Komputeran, Prof Madya Ts. Dr. Adzhar Kamaluddin dan juga wakil pengurusan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd.
CEO@Faculty Programme 1.0 merupakan salah satu inisiatif dibawah Kementerian Pengajian Tinggi yang memberikan platform dan ruang kepada tokoh-tokoh industri dan juga perkhidmatan awam untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kepakaran dengan pihak akademia.
Adalah diharapkan dengan kerjasama ini akan mewujudkan lebih banyak peluang penerokaan dalam bidang-bidang kepakaran yang disepakati bersama di samping memastikan perjalanan CEO@Faculty Programme mencapai matlamatnya.
#TeknologiUntukMasyarakat
#KPT
#ceofacultyprogramme


Print   Email