Previous Next

UMP JALIN KERJASAMA BERSAMA ENAM RAKAN INDUSTRI

UMP JALIN KERJASAMA BERSAMA ENAM RAKAN INDUSTRI

12 Oktober 2022     |     UMP kampus Pekan

.....................................................................................................

Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerusi Jabatan Penyelidikan dan Inovasi UMP memeterai Memorandum Penjanjian (MoA) bersama enam rakan Industri.

Semua industri terbabit iaitu Nardoni Sdn Bhd, Indah Water Konsortium Sdn Bhd, Fung Yuan Biotechnologu Sdn Bhd, IWK-Pahang Certifiying Agency Office, Gapura Solution Sdn Bhd dan YP Plantation Holding.

UMP diwakili Naib Canselor UMP, Prof. Ts. Dato’ Dr. Yusserie Zainuddin dan Penolong Naib Canselor Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat UMP, Profesor Madya Ir Dr Nurul Hazlina Noordin. Manakala wakil dari industri pula terdiri daripada Pengarah Teknikal Gapura Solution Sdn Bhd, Rosman Ariffin, Ketua Jabatan Perladangan,YP Plantation Holdings Sdn Bhd, Tuan Nik Rauzi Che Ya @ Nik Halim, Ketua Penasihat Saintifik, Fung Yuan Biotech Sdn Bhd, Prof. Dr Wan Zahari Mohamad, Pengurus Pensijilan, IWK - Pahang Certifying Agency Office,Rosafizi Mokhtar dan Ketua Pegawai Eksekutif Nardoni Sdn Bhd, Adam Daniel Yusuf.

Naib Canselor UMP, Prof. Ts. Dato’ Dr. Yusserie menzahirkan penghargaan atas komitmen yang diberikan oleh para rakan industri dalam terus menjadikan Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai rakan kerjasama bagi memacu kecemerlangan dan keperluan strategik bersama. “Kerjasama antara UMP dan rakan industri ini melibatkan pemindahan teknologi, perkongsian kepakaran penyelidikan,meningkatkan pembangunan teknologi, modal insan serta berkongsi pengetahuan dalam pengkomersialan produk,” ujarnya.

Beliau percaya dengan kepakaran dan teknologi hasil kerjasama ini akan meningkatkan lagi kejayaan program yang berimpak tinggi dan membuka lebih banyak peluang dan penerokaan kepada bidang -bidang lain yang berkaitan.

#duadekadUMP
#teknologiuntukmasyarakat


Print   Email